Nasi Ayam

Makanan rendah kalori yang pertama dalam senarai ialah nasi
ayam. Kalau korang suka makan nasi ayam, korang boleh teruskan makan hidangan
ini tetapi tengok-tengok jugalah portion yang korang ambil. Kalau terlalu
banyak pun tak bagus.
Biasanya, dalam satu pinggan nasi ayam, korang akan dapat
sumber karbohidrat dari nasi, sumber protein dari ayam dan sumber serat dari
sayur-sayuran seperti timun atau salad.
.
Asam Laksa
![]()
Dalam kategori hidangan mee, Asam Laksa ni boleh dikatakan
berada dalam kelas yang tersendiri. Korang tahu tak, hidangan kegemaran ramai
rakyat Malaysia ini juga boleh dikatakan makanan yang sihat?
Korang akan dapat hidangan yang penuh dengan protein dalam
sepinggan hidangan asam laksa. Selain itu, korang tak perlu risau tentang
pengambilan sayur sebab terdapat juga hirisan nipis timun disediakan.
.
Thosai
![]()
Korang suka makan roti canai masa sarapan di kedai mamak?
Haa lepas ini, korang kena cuba thosai yang juga merupakan makanan rendah
kalori. Jumlah kalorinya lebih rendah berbanding roti canai.
Hidangan ini sihat sebab tak banyak minyak digunakan dan
ianya juga penuh dengan protein. Thosai bukan sahaja sihat, rasanya juga sedap
terutama sekali bila makan cicah dhal, kari atau chutney.
.
Nasi Kerabu
![]()
Bayangkan hidangan Nasi Kerabu yang panas dengan telur masin
rebus, ikan atau ayam goreng, dan banyak sayur-sayuran segar, herba &
kerisik ada dekat depan korang sekarang ni! Memang tak bagi chance lah, mesti
habis korang makan.
Nasi berwarna biru yang berasal dari Pantai ini merupakan
hidangan yang lengkap dengan sumber protein, serat dan karbohidrat.